PENGENALAN TAJUK DAN CARA SAYA MENGAJAR SUBJEK USULUDDIN KBD TINGKATAN 4 (STEP PERTAMA)
بسم الله الرحمن الرحيم، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،وعلى آله وصحبه أجمعين
Yang dihormati para guru, ustaz dan ustazah, para pelajar seterusnya para pembaca sekalian. Baik insha Allah, untuk kali yang pertama ini, kita akan berkenalan dengan tajuk-tajuk yang akan dipelajari oleh para pelajar SPM insha Allah.
Seperti yang kita tahu, Usuluddin adalah salah satu subjek KBD yang akan melibatkan 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Sukatan sudah tentunya adalah sukatan buku teks yang diperkenalkan di sekolah.
Untuk kali ini, kita akan lihat sukatan bagi pelajar tingkatan 4 daulu.Untuk tahun pertama, para pelajar perlu mempelajari 34 tajuk yang dibahagikan kepada 7 bahagian ( Tauhid, Ulum Quran, Tafsir, Ulum Hadith, Hadith, Sirah dan Akhlak) iaitu:
: التوحيد
الإيمان بالسّمعيّات-
الإيمان بالملائكة-
الإيمان بالبرزخ-
الإيمان بيوم القيامة-
الإيمان بيوم البعث-
:علوم القرآن
نشأة علوم القرآن-
الوحي-
نشأة كتابة القرآن وجمعه-
الآيات المكّيّة والمدنيّة-
التّفسير والتّأويل في علم التّفسير-
أقسام التّفسير-
:التفسير
الفساد من أيدي النّاس-
الرّشوة-
منع قتل الأطفال والزّنا-
السّرقة-
:علوم الحديث
. تاريخ علوم الحديث ومقدّمته-
اصطلاحات في علوم الحديث-
أحاديث من حيث تعدّد الرّاوي-
أحاديث من حيث درجة الرّاوي-
الحديث الموضوع-
:الحديث
فطرة الله-
فضائل صلاة التهجّد-
حقيقة المفلس-
سبعة في ظلّ الله-
الحثّ على طلب العلم-
:السيرة و التاريخ الإسلامي
الدولة العبّاسيّة-
نشأة الحركات العلميّة في عصر الخلفاء العبّاسيّيّن-
من أشهر جهابذة علماء المسلمين-
:الأخلاق والتصوف
آداب الزّفاف-
آداب المعاشرة الزوجية-
آداب تربية الأولاد-
الصفات المحمودة والمذمومة-
الصفات المحمودة-
الصفات المذمومة-
Baik, itu 34 tajuk yang perlu para pelajar tahu dan sangat digalakkan untuk hafal isi-isi dalam tajuk tersebut. Kalau pelajar yang lemah macam mana?ini adalah cara saya, kalau ustaz dan ustazah rasa sesuai, silakan, kalau tidak terpulang kepada cara sendiri.
Bagi pelajar yang lemah, kita tahu, mereka akan ada ujian lisan di tingkatan 5 yang memberi 30 MARKAH. Itu adalah nilai yang besar. Kalau markah untuk lulus adalah 40, kita prlu pastikan mereka dapat paling kurang 20 daripada 30 markah tersebut. Cara nak galakkan insha Allah saya kongsi di perkongsian yang lain.
Jadi, tugas yang kita sebagai guru kena buat ialah pastikan lagi 20 markah tu DALAM TANGAN PELAJAR. Jadi apa yang saya buat dengan pelajar tingkatan 4 yang saya ajar?
CARA SAYA:
Saya akan HABISKAN TAJUK TAUHID DAN AKHLAK terlebih dahulu. Tajuk bagi 2 bahagian dalam tingkatan 4 sangat senang untuk dihafal. Sekarang pun dalam pembelajaran abad ke 21, jadi para guru boleh menggunakan konsep pembentangan atau apa yang difikirkan sesuai bagi tajuk ini.
Cara saya, saya akan ajar untuk bab Tauhid, sebab tu tajuk fav. Jadi saya akan hurai untuk pelajar. Tapi dalam subjek Akhlak. Saya akan suruh pelajar buat pembentangan kumpulan bagi 3 tajuk terakhir dalam bab ni.
Dalam saya mengajar subjek ini dari tahun lepas, saya berjaya hbiskan 2 bahagian ini dalam masa 2 bulan atau kurang. Saya dah terlupa. Minta maaf ye. Tapi anggarannya begitu. Sebab kita setiap minggu dengan pelajar dibekalkan dengan 7 masa. Kalau saya hbis awal untuk 2 bahagian ni.Saya akan hbiskan sebelum masuk bulan 3 untuk pelajar hafal dan buat latihan. Sebelum bulan 3, saya akan pastikan pelajar dapat walaupun hanya separuh saja yang dihafal. Bulan 3 atau pertengahan bulan 3 baru saya akan masuk tajuk Ulum Quran.
Saya buat macam ni dengan harapan pelajar dapat ambik sebanyak mungkin markah dari bab tauhid dan akhlak. Kalau mereka berjaya buat, mereka akan dapat 30 markah (sebelum dikira dengan markah ujian lisan).
Ini Step Pertama yang saya buat. Apa yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada kesilapan saya sendiri. Kalau ada perkongsian.Silakan. Ikhlas daripada saya, terima kasih.
- Hasan Al Malizi-
Khamis, 7 Mei 2020 (00:34)
Comments
Post a Comment